PENGENALAN BANDARAYA SABAH

Saturday, February 6, 2010




















Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.

Dengan gelaran "Negeri Di Bawah Angin [iaitu Bayu]" , Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya.

Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.Banyak spesies anggerik/ orkid, periok kera dan rhododendron yang didapati tumbuh di Sabah.

Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter. Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung.

Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.

Kumpulan etnik yang utama adalah: Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.

Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.

LADANG LEMBU DI KUNDASANG












Sektor penternakan lembu tenusu di Sabah bukan baru, sebaliknya wujud hampir tiga dekad lalu menerusi pembukaan ladang tenusu di dataran Mesilau berhampiran kaki Gunung Kinabalu pada 1980.

Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia.

BUNGA RAFFLESIA













Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia. Walaupun mengambil masa 9 hingga 15 bulan untuk mekar, jangka hayat bunga rafflesia hanya tujuh hari sebelum mati.Bunga ini hanya tumbuh di Borneo dan Sumatera, ditemui Stamford Raffles beberapa kurun yang lalu.Bunga ini menjadi daya tarikan utama kepada pelancong-pelancong untuk melihat dari dekat keunikan bunga Rafflesia.

KAMPUNG LUANTI(FISH MASSAGE)






















Kampung luanti ranau sabah ribuan ikan kelah di sungai kampung luanti mengerumuni dan memakan orang2 yang masuk ke sungai untuk mandi. Pelik tapi benar heran bin ajaib. Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti Fish Massage

LADANG TEH SABAH












Dengan ladang yang terbentang luas, dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan, Ladang Teh Sabah menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang jauh daripada hiruk-pikuk kota. Pemanduan selama 2 jam dari Bandar raya Kota Kinabalu, Ladang Teh Sabah megah dengan keindahan latar belakangnya iaitu Gunung Kinabalu.

GUNUNG KINABALU

Thursday, February 4, 2010





















Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut ...
Taman Kinabalu, dengan keluasan 754 kilometer persegi merupakan Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) pertama Negara. UNESCO (United Nations Educational & Cultural Organization), sebuah organisasi antarabangsa, telah menobatkan Kinabalu dengan taraf berpestrij tersebut pada Disember 2000.

Mercu tanda Taman Kinabalu adalah Gunung Kinabalu. Puncak berketinggian 4,101 meter itu adalah puncak paling tinggi di antara Banjaran Himalaya dan Kepulauan Irian Jaya. Puncak-puncak lain di Taman Kinabalu termasuklah Gunung Templer (1,133 meter) dan puncak ketiga tertinggi Negara, iaitu Gunung Tambuyukon (2,579 meter).

Gunung Kinabalu menerima lebih dari seratus pendaki setiap hari dari pelbagai latar-belakang sosio-budaya dan dari pelbagai Negara. Pendaki-pendaki masuk melalui dua laluan yang diwartakan, iaitu samada melalui Timpohon Gate di ibupejabat Taman Kinabalu atau Mesilau Nature Resorts.

Orchid de Villa














Ditubuhkan pada tahun 1995 dan terletak di Inanam, lebih kurang 20 kilo meter atau 30 minit pemanduan dari Bandar raya KK. Pusat ini meliputi kawasan seluas 12 ekar dan berbangga dengan 50 spesies hibridnya yang dipamerkan di Taman Hibrid. Terdapat juga 300 spesies orkid liar Borneo, termasuklah jenis yang amat jarang ditemui. Tarikan utama di sini ialah penanaman orkid secara komersial dan pemuliharaan orkid liar.

Orchid de Villa juga memiliki kolam ikan untuk dipancing, taman kaktus, kotej dan beberapa kemudahan lain dalam persekitarannya. Lawatan berpandu dan juga lawatan terancang juga boleh diaturkan dengan makluman yang lebih awal.